layouts

Followers

anak pnh

Red Glitter Pointer

Wednesday 6 February 2013

nukilan seorang hamba yang memerlukan TUHAN-nya..


       Di kampung Seri Cahaya, kebanyakannya wanita memakai hijab untuk menutup aurat mereka. Tetapi, ada seorang remaja yang tidak kisah tentang hal yang dianggap remeh itu. Tetapi pada suatu hari, ada seorang wanita yang berumur lingkungan 30-an menegurnya.

"Amisha, adakah hati kau masih belum terbuka lagi?" Aisyah bertanya.
"Haa? apa yang akak maksudkan ni?" Amisha menjawab dengan muka yang penuh hairan.

"Akak bertanya kepada kamu, adakah hati kamu belum terbuka lagi untuk memakai tudung?" Aisyah jelas bertanyakan soalannya kepada kawan sekampungnya yang sudah seperti adik kandungnya sendiri.

"Akak, kenapa akak tiba-tiba je tanya ni? Orang lain tak pernah pun tegur Misha! kenapa akak yang menjadi orang pertama yang menegur Misha tentang aurat?" Amisha membalas dengan nada yang tinggi. Dia tidak sepatutnya bernada tinggi kepada orang yang lebih tua darinya. Bahkan, seperti kakak kandungnya.

"Misha, akak tak berniat nak menegur kamu. Tetapi akak berniat mahu bertanya sahaja.. Rendahkanlah nada kamu itu..." Aisyah menahan sebak kerana perbuatan yang dilakukan oleh Misha. Dia sedih kerana selama ini Amisha tidak pernah langsung melukakan hatinya walaupun dengan menipu Aisyah.

"Akak, bukankah orang kampung berkata, niat mahu memakai tudung itu tidak perlu dipaksa! Kenapa akak seperti memaksa Misha memakai tudung?"
"Ya Allah, misya! Akak tidak pernah memaksa kamu jika kamu tidak suka melakukannya! Akak selalu sabar dengan perangai kamu.. Akak belum lagi bercakap dengan kamu yang kamu harus memakai tudung. mengapa kamu menjadi sangat gelisah?"

Misha hanya terdiam. Dia tidak mampu lagi melawan kata-kata kepada Aisyah. Dia menghormatinya seperti mana Aisyah menjaga dia sewaktu ibunya pergi kembali ke tangan TUHAN.

"Maafkan misha akak."

"Akak maafkan. Jangan tinggikan nada lagi di depan orang tua."

"Baik kak..."

MALAM ITU..

Pada malam itu, Amisha berniat mahu memberitahu perkara yang penting kepada Aisyah. Lalu dia mengetuk pintu Aisyah yang juga duduk serumah dengannya.

"Assalamualaikum kak..." Sopan Misha memberi salam.

"Wa'alaikuussalam..siapa itu?"

"Misha.." Jawabnya.

"Masuklah. pintu tidak berkunci." Kata Aisyah.

Apabila Misha masuk ke dalam, dilihatnya Aisyah sedang duduk di atas sejadah dengan berkainkan telekung berwarna putih.

"Eh, maaf. Misha mengganggu akak berwirid. Sekejap nantilah kita bercakap."

"Misha! takpe, akak baru je habis wiridlah. Saja-saja duduk lagi di atas sejadah. Mari duduk di sebelah akak."

Lalu Misha sempat mengukirkan senyuman buat akaknya. Dia tahu, akaknya selalu tidak akan melepaskan sesuatu yang Misha mahukan.

"Kenapa ni? Senyum macam kerang busuk! Ada apa ni?" Sempat lagi Aisyah melawak kepada adiknya.

"Ehh, misha senyum macam kerang busuk? Akak pula senyum macam kambing busuk!" Aisyah membalas perlikan akaknya.

"Amboi, sedapnya mulut kamu kata akak begitu!"

"Haa? sedap? akak nak try makan mulut saya ke?"

"Ishh! kamu ini, ada-ada sahajalah. Dah stop-stop! ada apa ni? cepatlah bagitahu akak."

"Hehehe. Ok ok. sabarlah. ada kejutan ni!"

"kejutan? apakah? ada hadiah untuk akak ke? Ada orang nak minang akak ke? Cepat! Nak tahu. ke Misha masak buffet ala-ala hotel lima bintang untuk akak?" Bertalu-talu soalan yang Aisyah kemukakan. Memang benar dia tidak sabar mahu tahu berita yang baik itu!"

"Eh, akak ini sama je dengan saya! ADA-ADA sahaja!"

"cepatlah! akak taknak kawan kalau Misha taknak bagitahu." Aisyah sudah tunjuk bibir muncung. Seperti boleh diikat reben!

"Alah, ok2. petang tadi kita ada bergaduh sedikit kan? itu pasal apa?"

"Herm.. ya. maybe ada gaduh sikit. Tapi akak dah maafkan. usah lagi dibangkitkan. Barang yang lepas jangan dikenang." Aisyah sudah  mengangguk tanda faham itulah yang Misha mahu beritahu. Dia sedikit kecewa kerana tiba-tiba Misha ungkitkan kembali kisah itu. Walaupun baru sahaja meninggikan suara, Aisyah sudah mahu mula menangis dengan apa yang berlaku. Hatinya sungguh lembut dengan benda yang tajam!

"Eh.. akak. memanglah akak dh maafkan saya tapi bukan itu yang Misha mahukan. Misha sebenarnya... hermmm.. hermm.. sebenarnya misha nak berniat mahu memakai tudung. Biar nampak mulia :) Misha nak jadi seorang muslimah sejati!" Akhirnya, Misha jelaskan sesuatu yang dia mahukan. Sesuatu yang lebih.. berharga dari sebakul emas!

Aisyah termenung seketika. Dia seperti tidak percaya dengan kata-kata oleh adiknya. Kata-kata yang keluar dari mulut Amisha sendiri! Dia tidak bergerak walaupun seinci. Hanya matanya sahaja yang kelip-kelip tidak berhenti memandang adiknya, Misha.

"Akak? hello? Ehh, salah! ASSALAMUALAIKUM ya Aisyah!"

"Eh WA'ALAIKUMUSSALAM!!" Aisyah tersedar dari lamunannya dengan melatah. Sememangnya Aisyah ada melatah sedikit tetapi melatah dengan perkataan yang baik2.

"Akak?.."

"Ya Allah, betulkah apa yang kamu cakap tadi? Ini sememangnya berita gembira! Lebih gembira dari mendapat sebutir berlian! Misha, akak nak tengok kau berubah. memang inilah yang akak mahu!"

Aisyah dan Misha senyum keriangan. Tidak sangka Misha membuat keputusan pada malam selepas petangnya semasa mereka bergaduh kecil tetapi dianggap besar. Itulah nikmat tuhan membukakan hati Misha untuk berhijab!

SUDAH 2 BULAN MISHA BERHIJAB



"Akak nampak kamu tidak bertutur bahasa yang baik dengan Cik Lijah tadi. Mengapa kamu jadi begitu?

"Alah, akak! Diorang itu saja je nak perbodohkan Misha dengan test kononnya Misha ni baik ke tak. Jadi Misha ada hak untuk balas dengan kata-kata yang pedas! Suka hati je Cik Lijah tadi mengumpat saya!"
Selamba Misha menjawab.

"Astagfirullahal'azim.. Misha, tak kisahlah diorang itu orang jahat ke, nak mainkan Misha ke, tapi Misha kena jaga adab sebagai seorang perempuan!"

"Akak, akak tak pernah nak faham Misha kan? Misha sama saja seperti dahulu! Misha dah pakai tudung! Orang dah pandang Misha ni orang yang mulia! Apa lagi yang Misha perlu buat?"

"Misha.. akak tak tahu siapa yang ajar Misha jadi macam ini! Itu bukan namanya muslimah misha.. Misha memakai baju ketat, kasut tumit tinggi, dan seluar yang ketat. Cara bercakap pun misha sudah tidak peduli lagi.. Kamu pun belum mengenal erti batas pergaulan antara perempuan dan lelaki. kamu belum belajar cara menjadi muslimah. "

"Jadi? apa? Tapi misha dah pakai tudung! Jadi Misha dah jadi MUSLIMAH YANG SEJATI!"

"Misha tak tahu ke? Misha tak tahu ke.. menjadi SEORANG MUSLIMAH YANG SEJATI bukan begitu! Itu salah disisi agama. Di atas kepala, sudah ditutup. Tetapi di badan masih belum sempurna. Itu bukanlah seorang muslimah." Tegas sekali Aisyah menerangkan. Dia harus menegur adiknya. Dia perlu buat sesuatu dahulu sebelum apa-apa berlaku terhadap Misha.

"Akak, sudah!"

"Misha.. Menjadi seorang muslimah ialah mengikut suruhan ALLAH dan agama. Bukannya mengikut fashion. Memakai tudung yang sesuai. Menutup dada. Memakai baju yang sesuai. Menutup aurat. Bercakap dengan sopan. Menegur orang jika dia buat salah. Berubah jika kita buat salah. Solat. Baca Al-Quran. Berdoa kepada Allah supaya kita mendapatkan yang terbaik. Mendapatkan jodoh yang soleh. Berdisiplin. Jangan buat perkara yang dilarang oleh ALLAH! Bukannya hanya memakai tudung tetapi dalamannya tidak mulia. Bukannya di luar sempurna tetapi didalam tidak. Kita harus ikhlas. Menjadi seorang muslimah kena ikhlas. Memakai hijab memang senang, TETAPI menjadi seorang muslimah sejati bukan dengan hanya memakai tudung.."